FAQ


01. Apakah Maksud Likuidasi Atau Syarikat Dalam Penggulungan?


Proses di mana aset syarikat dikumpulkan dan menyedari untuk membayar hutang kepada pemiutang.

02. Dalam Keadaan Apakah Sesebuah Syarikat Boleh Digulungkan Oleh Mahkamah?


Sek. 218 Akta Syarikat 1965, menjelaskan

  1. Syarikat telah melalui resolusi khas memutuskan supaya digulungkan oleh mahkamah;
  2. Apabila syarikat tidak mampu membayar hutang;
  3. Apabila pengarah-pengarah telah bertindak dalam hal ehwal syarikat untuk kepentingan mereka sendiri berbanding kepentingan ahli secara keseluruhan atau berlaku tidak adil kepada ahli-ahli lain;
  4. Mahkamah berpendapat bahawa ia adil dan berekuiti supaya syarikat digulungkan;
  5. Bilangan ahli dikurangkan kepada seorang, selain syarikat Milikan-Tunggal (Sole-proprietor);
  6. Syarikat tidak memulakan perniagaan dalam tempoh 1 tahun dari pemerbadanannya atau menggantungkan perniagaannya untuk sepanjang tahun;
  7. Di mana telah dinyatakan di memorandum & artikel tempoh untuk tamat syarikat telah ditetapkan atau di mana kejadian yang ditetapkan telah berlaku; dan
  8. Syarikat yang digunakan bagi maksud yang menyalahi undang - undang atau yang memudaratkan keselamatan Negara atau kepentingan awam.

03. Siapa Yang Boleh Dilantik Sebagai Pelikuidasi?


Pegawai Penerima (Ketua Pengarah Insolvensi (DGI)); atau
Pelikudasi persendirian ( individu yang berlesen sebagai Pelikudasi)

04. Apakah Tugas Utama Pelikuidasi?


  1. Tugas utama pelikuidasi adalah menggulungkan syarikat dengan mengagihkan aset kepada pihak pemiutang dan baki aset, jika ada, diagihkan kepada ahli syarikat.
  2. Kuasa pengarah syarikat dihentikan dan segala urusan diambil alih oleh pelikuidasi sebaik sahaja tarikh penggulungan syarikat bermula.
  3. Adalah tanggungjawab pelikuidasi untuk memastikan syarikat dibubarkan dengan sempurna.

05. Siapakah Pemiutang Yang Diasuransikan (Secured Creditor) Dan Yang Tidak Diasuransikan (Unsecured Creditor)?


  1. Pemiutang Yang Diasuransikan (Secured Creditor)

    Sebuah institusi/perbadanan yang meminjamkan wang kepada syarikat sebagai ganjaran untuk tuntutan secara undang- undang dilaksanakan terhadap aset syarikat. Dimana, Pemiutang harus menyerahkan bukti hutang kepada Pelikudasi.


  2. Pemiutang Yang Tidak Diasuransikan (Unsecured Creditor)

    Pemiutang yang menyerahkan bukti hutang kepada Pelikudasi.






Proses Pengesahan Hakmilik


01. Mengapa Proses Pengesahan Hakmilik Dijalankan?


Proses pengesahan hakmilik dilaksanakan oleh kerana beberapa sebab yang tertentu seperti berikut:-

  1. Syarikat tersebut telah gagal untuk menyimpan satu daftar yang sempurna berkenaan kesemua pemilik dan dokumen-dokumen yang menyokong yang sama;
  2. Suatu maklumat/daftar yang sempurna adalah perlu dan wajib selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 22D (3) Akta Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), 1966.
  3. Maklumat tersebut juga dapat mempercepatkan permohonan/proses penyerahan hakmilik strata;
  4. Pihak Pelikudasi ingin memastikan bahawa tidak ada unsur frod yang dilakukan oleh mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan unit-unit tersebut khususnya apabila tidak terdapatnya rekod-rekod untuk membuktikan sebaliknya; dan
  5. Melalui proses ini juga, pihak Pelikudasi dapat mengenalpasti unit-unit yang masih dimiliki oleh Syarikat tersebut

02. Apakah Kepentingan Mengemukakan Dokumen Bukti Pembelian/Pemilikan Unit/Sesuatu Harta?


  1. Bagi memastikan bahawa tidak ada unsur frod yang dilakukan oleh mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan unit/sesuatu harta bagi Syarikat tersebut;
  2. dan Menyimpan satu daftar/rekod yang sempurna.

03. Apakah Kesan Sekiranya Gagal Mengemukakan Bukti Pembelian/Pemilikan Unit/Sesuatu Harta?


Pelikuidasi, melalui permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan arahan dan merperolehi perintah bagi membolehkan Pelikuidasi meletak hak/memiliki unit/ sesuatu harta tersebut

04. Apakah Dokumen Yang Dapat Menyokong/Pengesahan Pemilikan Ke Atas Unit/Sesuatu Harta?


  1. Salinan Perjanjian Jual Beli
    Perjanjian Jual Beli atau Surat Ikatan Penyerahanhakkan antara Pembeli Pertama dengan Pemaju dan yang seterusnya;

  2. Salinan bukti pembayaran (Sekiranya pembayaran secara tunai)
    Salinan resit – resit yang menunjukkan bahawa jumlah harga belian telah dibayar dengan sepenuhnya atau surat Ikatan Penyerahhakkan untuk membuktikan bahawa unit tersebut telah dipindah milik.

  3. Salinan bukti pembayaran (Sekiranya pembayaran secara pinjaman bank)
    Perjanjian Pinjaman Bank cum Penyerahhakkan, Penyata Bank, (sekiranya pinjaman telah diambil) dan Surat Penerimaan dan Penyerahhakkan Balik (sekiranya jumlah pinjaman telah dilangsaikan sepenuhnya);

  4. Salinan Resit Taksiran
    Pembayaran cukai pintu terkini yang dibuat kepada Pihak Perkuasa Tempatan

  5. Salinan bil penyelenggaraan (bagi hartanah/pembangunan bertingkat)
    Salinan resit penyelenggaraan terkini, 3 bulan terakhir yang dibuat kepada pengurusan bangunan;

  6. Sebarang dokumen lain yang berkaitan.

Permohonan Pindah Milik


01. Mengapa Pemilik /Pembeli Harus Menyempurnakan Pindahmilik/Gadaian (Perfection Of Transfer/Charge)?


Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan transaksi. Contoh, pindahmilik,gadaian, pinjaman dsb.

Menurut Seksyen 40A, Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2007, pembeli harus menyempurnakan pindahmilik/gadaian hakmilik dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh diberi notis mengenai keluaran hakmilik strata oleh pemilik asal hartanah. Jika pembeli gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan denda tidak kurang dari Ringgit Malaysia Satu Ribu ( RM1, 000) dan tidak lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10, 000) bagi setiap petak/unit.

02. Apakah Tindakan Yang Perlu Pemilik/Pembeli Lakukan Selepas Mendapat Notis?


Pemilik/Pembeli melantik pihak Peguam untuk mengemukakan surat arahan kepada pihak Pelikuidasi untuk mengemukakan surat kebenaran bagi proses pindahmilik strata.

Seterusnya pihak Pelikuidasi akan menandatangani Borang 14A dan/atau Borang Kebenaran Pindahmilik/Gadaian dengan syarat pemilik/pembeli mengemukakan dokumen-dokumen yang relevan berserta bayaran kos pentadbiran.

03. Mengapa Pemilik/Pembeli Harus Membayar Kos Untuk Menyempurnakan Pindahmilik/Charge (Perfection Of Transfer/Charge)?


Seksyen287 (1) Akta Syarikat, 1965 menyatakan bahawa Pelikudasi tidak akan bertanggung jawab untuk membiayai apapun berhubung dengan syarikat tersebut kecuali syarikat mempunyai aset yang mencukupi. Dengan itu, kos pentadbiran Pelikuidasi harus ditanggung oleh Pemilik/Pembeli.